Sunday 7 August 2016

#2 Kelas Asas Blog

Teks  : Adila Mastura Ibrahim

6 Ogos 2016 - AMI hadiri kelas Asas Blog. Alhamdulillah Allah rezekikan juga untuk hadir. Kehadiran hari ini 15 orang, jadinya 15 blog baru terhasil. Selama ni ingat nak buat sendiri kononnya senang sangat, akhirnya tak selesai juga. Kenapa? sebab bila buat sendiri asyik fikir nak design cantiklah, lengkap benarlah. Hadirnya ke sini kita dimaklumkan rupanya kaedah penulisan adalah perkata penting. Penulisan perlu dengan tertib yang betul,ayat yang baik, ejaan yang betul pengisian yang tepat. 

Dalam masa sama, cikgu kongsikan langkah2 yang patut diambil sebagai asas penyediaan blog. Nah, selesai 2 entri. InsyaAllah kita akan teruskan penulisan lagi dan lagi.

Friday 5 August 2016

#1 Saya Adila Mastura Binti Ibrahim

Teks : Adila Mastura Ibrahim

Assalamu'alaikum,

Salam perkenalan, saya Adila Mastura Binti Ibrahim, anak kelahiran Kuantan, Pahang. Dilahirkan pada 23 Oktober 1980, sekitar jam 6.00 pagi.  Saya anak sulung dari 5 beradik yang semuanya perempuan, Alhamdulillah. Setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Malaya pada tahun hujung 2003, saya memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Sains Komputer di Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Perubatan Universiti Malaya (JTM,PPUM) pada Mac 2004.
 
Alhamdulillah,  pada 26 Jun 2006 mendirikan rumahtangga dengan kekasih hati juga  sahabat yang telah dikenali sejak Ogos 1998. 2 minggu selepas tarikh pernikahan kami arwah abah dipanggil bertemu Ilahi. Bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di JTM,PPUM sejak 2004 amat membanggakan, bekerja di agensi badan berkanun adalah dinamik ia berkembang dari masa ke masa. 

Saya mula minat berniaga sejak mula membeli barang peribadi secara atas talian dan kawan-kawan tanya kenapa tak  beli lebih. Lanjutan dari hal ini,  pada tempahan seterusnya saya buat tempahan lebih sikit,  baru saya perasan beli banyak boleh dapat harga borong rupanya. Bermula dengan tudung, kemudian kawan minta tolong borongkan kek pula; seterusnya banyak lagi produk yang digunakan sendiri, dan seterusnya promosilah kepada kawan-kawan. Namun, ada juga sahabat-sahabat yang kata tak dapat maklumat pun. Maka inilah medium yang sedang saya belajar dan kaji untuk bantu sahabat-sahabat, saudara mara dan masyarakat sekeliling maklum dengan prooduk apa yang saya guna dan apa yang saya jual. 

Qaseh Gold adalah produk yang membuatkan saya lebih serius dalam berniaga. Ia yang menggerakkan saya perlunya untuk berkongsi dan medium blog ini dirasakan terbaik. Saya akan gunakan blog ini sebaiknya untuk berkongsi berkenaan produk  yang saya jual termasuklah :
 
  • Qaseh  Gold
  • Buku-buku ilmiah, motivasi, keagamaan, santai
  • Pakaian muslimah
  • Wangian mulut, miss v dan rambut.
Selain berniaga, saya juga ingin menggunakan blog ini untuk berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat di luar sana untuk berkongsi pengalaman.